Past 2016 { Part I }



Assalamualaikum dan selamat malam reader sekalian,

Sebenarnya tak ada apa sangat untuk entry kali ni, first of all nak minta maaf sebab semua entry lama Fifi dah delete. Al maklum dah nak masuk tahun baru kan, so kita buka buku baru. Entry kali cuba nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang tahun 2016. 

Gambar 1 : Hari Raya Pertama tahun 2016. Masa ni baru habis melawat dan ziarah rumah Atuk (belah Mak dan arwah Ayah), tak banyak yang menarik pun masa raya 2016 ni, cuma alhamdulillah income masa bulan puasa untuk bisnes biskut dan produk kosmetik Fifi ada la sikit untuk tampung belanja raya. hehehe
 
Gambar 2: Konvoksyen USM, sebenarnya senior yang konvo tapi kami yang over. Feeling masa tu bercampur-baur sebab happy senior yang bantu masa 1st year study di USM sentiasa ada masa susah dan senang masa di USM. Lupa nak bagitau Fifi student USM dan dah final pun, hehehe. Masa ini tak sabar pula nak tunggu giliran nak konvo dan habis study. Insha Allah akan dipermudah segala urusan kita di dunia dan akhirat ye 
Gambar 3: Masa ni ada program kat Pasir Salak, Perak. Alhamdulillah dapat juga melawat tempat orang. Seriously resort ni memang tip top, dari segi servis, kualiti makanan, bilik mean rumah. selesa sangat-sangat. Sampai belajar sejarah kita cuci mata apa salahnya.
Gambar 4: Cuti semester Fifi buat internship dekat sekolah, kami kena handle satu projek dan Fifi dapat bantuan daripada kawan-kawan (bekas student kat sekolah tu) untuk handle program kebudayaan. So, tak di sangka-sangka Fifi dilantik sebagai juri atau juri bidan terjun sebab masa tu fifi jadi pengarah projek then tiba-tiba guru pembimbing minta jadi juri, so apa lagi keluarkan segala ilmu yang ada walaupun masih merangkak-rangkak.
 
Gambar 5: Short vacation bersama kawan-kawan U, kami pergi Bukit Bendera, Penang. Nampak macam kat korea tapi sebenarnya kat Malaysia. So, sesiapa nak pergi atau cari tempat bercuti yang best-best meh mai Penang. Banyak tau tempat best, makanan pun sedap-sedap. Boleh try. Tapi jangan pergi masa cuti umum atau cuti sekolah, sangat sesak. Pengalaman berdiri selama 2 jam sebelum sampai puncak Bukit Bendera tu dahsyat tau. 


Sebenarnya banyak lagi nak kongsi tapi nak kita sambung lagi, Insha Allah kalau ada masa nak update blog ni. Sekarang pun Fifi tengah busy dengan urusan praktikal dan final exam. Tahun 2017, Fifi akan jalani Latihan Mengajar (praktikal kat sekolah). Mohon doa daripada anda pembaca blog ni supaya Fifi selesaikan praktikal dan dapat result yang gempak. Hehe. 

Sekian, terima kasih

 
 
 

THANKS 4 READING AND LOVING EACH OTHER


Pink Lollipop